Showing posts with label dinding rumah. Show all posts
Showing posts with label dinding rumah. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Kerja-Kerja Mengecat Rumah dan Pagar

Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah berserta pagar memakan masa 15 hari untuk disiapkan sepenuhnya dengar kadar upah RM6000.00.

Pandangan rumah selepas siap kerja mengecat
Dinding dalam dan siling dicat warna putih sepenuhnya
Dinding sedang dicat
Pintu sliding dan tingkap siap di varnis
Design siling 6 batang kayu dicat warna gelap
Beam dan tiang dicat dengan PAR Weathercoat 5839
Pandangan belakang rumah
Bahagian dinding dan tiang tidak di cat untuk dipasang batu kastone

Dinding dicat dengan PAR Weathercoat 5760

Wednesday, 23 October 2013

Kerja-Kerja Membina Tangga dan Kemasan Bahagian Luar Rumah

Pembinaan rumah ini telah hampir ke fasa-fasa terakhir iaitu kerja finishing. Sebelum kerja-kerja finishing dibuat, kerja diteruskan dengan kerja membina tangga, kemasan border plaster (tak tahu nak sebut ape) untuk frame tingkap, pintu dan ground beam. Pembinaan rumah ini terpaksa diperlahankan kerana masih menunggu cek daripada BPP yang masih belum kunjung tiba lagi (semakan daripada bpp, cek telah dijana pada 14.10.2013 dan telah dipos). Kerja-kerja kemasan akhir sebenarnya akan memakan kos yang sangat tinggi dan berlakunya kes over budget adalah dalam fasa terakhir ini. Harap saya tidak terjebak sama dengan kes sebegini, kegagalan kita mengawal kehendak yang melebihi kemampuan. Bak kata orang alang-alang buat rumah!!

Kerja touch up sedang dilakukan
Tangga depan dan kemasan border pada frame pintu sliding siap dibina
Tangga ke pintu utama
Tangga lagi
Ground beam siap dibuat kemasan
Tingkap bahagian belakang
Groudbeam sedang di plaster
Pandangan rumah terkini sebelah kiri
Pandangan dari kanan
Pandangan depan

Wednesday, 28 August 2013

Kerja-Kerja Melepa / Plaster Dinding Rumah

Memandangkan atap rumah ini masih belum dibeli kerana kengkangan modal, dan bagi mengelakkan pembinaan rumah ini tertangguh, tukang rumah meneruskan kerjanya dengan memulakan kerja plaster dinding. Walaupun mengikut kebiasaannya atap perlu dipasang terlebih dahulu sebaik kekuda bumbung siap dipasang, sebelum kerja plaster dinding dibuat. Atap akan dibeli dalam masa terdekat sebaik sahaja cek tuntutan daripada BPP diterima oleh peguam.

Anggaran bahan untuk kerja plaster keseluruhan rumah adalah lebih kurang 100 bag simen, 2 lori pasir halus dan 2 bundle kapur. Kerja plaster dimulakan pada dinding luar terlebih dahulu dan diteruskan pada dinding sebelah dalam sehingga siap sepenuhnya.

Kerja plaster dinding bahagian luar
Pekerja sedang melakukan kerja plaster dinding
Pekerja sedang meratakan plaster supaya kemas dan cantik
Kerja plaster sedang berjalan
Dinding bahagian depan siap di plaster
Dinding bahagian kiri selepas di plaster
Pandangan kiri dari belakang
Dinding bahagian belakang siap di plaster
Kerja plaster diteruskan di bahagian dinding dalam
Tukang sedang plaster dinding dengan campuran simen dan kapur
Dinding bahagian ruang tamu hampir siap

Wednesday, 17 July 2013

Selepas 2 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Julai 2013, selepas 2 bulan projek pembinaan rumah ini berjalan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah membina tiang rumah, dinding keseluruhan rumah beserta pemasangan frame tingkap, pintu dan pintu sliding. Status projek masih lagi mengikut perancangan yang ditetapkan namun kerja-kerja pembinaan mula perlahan apabila memasuki bulan Ramadhan yang baru seminggu ditempuhi.

Pandangan depan
Pandangan depan - sisi kiri
Pandangan depan - sisi kanan
Pandangan belakang sisi kiri
Pandangan belakang
Untuk membina dinding rumah ini, jumlah batu bata yang digunakan adalah sebanyak 32 bundle (600 biji se bundle) atau sebanyak 19,200 biji batu bata.

Fasa seterusnya adalah kerja-kerja membina beam atas (roof beam), memasang kekuda kayu dan atap genting.

Wednesday, 3 July 2013

Memasang Frame Tingkap, Pintu dan Sliding

Frame tingkap, pintu dan sliding kayu seraya yang ditempah lebih sebulan yang lalu telah siap dan sampai ke tapak rumah tepat pada masanya dimana kerja mengikat batu bata bagi dinding tanpa frame telah hampir siap sepenuhnya.

frame tingkap labuh berpagar kayu seraya
frame yang ditempah baru sampai di tapak
frame berbentuk L
sebahagian daripada frame yang ditempah

Oleh kerana frame yang digunakan adalah frame kayu, frame tersebut perlu diletakkan dan dipasang di kedudukannya sebelum kerja mengikat bata boleh diteruskan sehingga siap sepenuhnya. Untuk projek ini, sebanyak 2 buah frame tingkap 3 daun labuh berpagar, 2 buah frame tingkap 2 daun labuh berpagar, 4 buah frame tingkap 3 daun, 2 buah frame tingkap 2 daun, 3 frame pintu sliding, 1 frame pintu utama dan 10 frame pintu bilik, dapur dan bilik air.

frame pintu sliding baru dipasang
salah satu frame yang siap dipasang
frame tingkap dalam bilik utama
frame tingkap di ruang tamu
tukang sedang memasang frame pintu sliding di ruang makan
sebahagian daripada frame yang siap dipasang
update 7.7.2013
update 7.7.2013
update 8.7.2013: pandangan sisi kanan
update 8.7.2013 , pandangan dari hadapan



Saturday, 29 June 2013

Membina Tiang Rumah dan Mengikat Batu Bata

Bermula 21 Jun 2013, kerja-kerja membina tiang rumah telah dijalankan setelah ground beam siap diisi pasir sepenuhnya. Kerja membina tiang rumah dimulakan dengan memotong dan mengikat 4 batang besi Y12 dengan besi link R6 untuk setiap tiang rumah yang akan dibina. Dalam masa yang sama, sebanyak 7 buah formwork sebagai acuan tiang rumah juga dibuat sebelum kerja konkrit dijalankan.

Besi Y12 diikat dan dipasang pada tapak
7 Formwork tiang siap dipasang tegak untuk kerja konkrit
Sebanyak 28 tiang akan dibina untuk rumah ini
Seterusnya kerja memasang besi tiang di tapak rumah dibuat dan kemudian formwork dipasang sebelum kerja konkrit tiang bermula. Untuk proses kerja konkrit tiang rumah ini, sebanyak 7 tiang dapat disiapkan dalam masa 1 hari dimana tempoh 4 hari kerja membina tiang rumah sebanyak 28 batang berjaya disiapkan.

Sebahagian tiang yang telah siap dibina
Kerja mengikat batu bata sedang berjalan
Dalam masa yang sama, kerja-kerja mengikat batu bata untuk dinding rumah dibuat serentak sebaik sahaja sebahagian tiang siap dikonkrit. Untuk permulaan, saya membeli 20 pallet (12,000 biji) batu bata putih (600 biji sepallet) dengan harga RM130.00 sepallet (Sirim standard). Anggaran batu bata yang akan digunakan untuk membina dinding adalah tidak kurang daripada 15,000 biji.

Sebahagian dinding yang telah dibina
Batu bata diikat setinggi 2 kaki sebelum dipasang frame tingkap labuh
Kakak sedang meninjau pembinaan rumah
Kerja mengikat bata sedang berjalan