Showing posts with label banglo impian. Show all posts
Showing posts with label banglo impian. Show all posts

Monday, 14 October 2013

Perkongsian Pengalaman | Menguruskan Pembinaan Rumah Sendiri

Tujuan saya menulis blog ini selain untuk mencatatkan progress kerja pembinaan rumah untuk tatapan dan rujukan saya di masa akan datang adalah untuk berkongsi pengalaman yang saya tempuhi dalam menguruskan pembinaan rumah sendiri. Ramai orang sebenarnya ingin menguruskan bina rumah idaman sendiri, tetapi tidak berani dan tidak tahu bagaimana harus bermula.

Entry blog ini kebanyakkan adalah berkenaan progress kerja, aturan kerja dan juga bahan binaan yang digunapakai, insyallah saya akan selitkan dengan perkongsian pengalaman sebelum, semasa dan selepas dalam menguruskan bina rumah sendiri seperti penyediaan pelan rumah, kebenaran merancang PBT, urusan permohonan pinjaman, tuntutan claim progress kerja, urusan pembelian barang binaan, tips-tips (kalu ada lah) sehinggalah urusan permohonan CF kelak.

Insyallah sekiranya ada keizinan masa terluang.

Wednesday, 1 August 2012

Perancangan Membina Rumah Impian

Dalam merealisasikan pembinaan rumah impian ku, berbagai-bagai perkara yang bermain difikiran. Rasanya terlalu banyak perkara yang hendak disenaraikan...itu ini itu ini tetapi tak tahu bagaimana harus saya bermula.

Setelah dibuat banyak research melalui pertanyaan dengan ramai kawan dan pakcik google, saya mengambil keputusan untuk membina sendiri rumah yang mana mengupah tukang rumah dan mengurus sendiri sepenuhnya pembinaan rumah itu nanti.

Sebenarnya, perancangan untuk membina rumah impian ini bermula sebaik sahaja permohonan saya pindah ke Kemaman berjaya iaitu pada awal Januari 2011. Sebaik sahaja berkhidmat di sini, perancangan pertama adalah mencari tapak lot banglo yang sesuai dan strategik. Memandangkan tempat kerja terletak di Kampung Payoh, Kijal, tapak banglo yang sesuai adalah dalam lingkungan kawasan Kemasik hingga ke Kijal yang mana jarak ke tempat kerja dalam lingkungan 15 km dan jarak untuk balik kampung dalam lingkungan 45km. Setelah berusaha mencari dan membuat survey, saya telah memilih untuk membeli tapak lot banglo di Meraga Beris, Kijal yang mana pada pandangan saya ianya sangat strategik dan memenuhi kriteria yang dicari. Pada April 2011, saya telah membeli satu lot banglo berkeluasan 631 mps dengan harga yang munasabah (harga pasaran masa itu) RM5X,XXX di Meraga Beris, 7 km dari tempat kerja, berdekatan dengan masjid, sekolah dan dekat dengan jalan utama KT - Kuantan.

Misi pertama telah berjaya, dan perancangan seterusnya saya target untuk start kerja membina rumah dalam tempoh 2 tahun akan datang.


Pandangan Depan