Showing posts with label lantai konkrit. Show all posts
Showing posts with label lantai konkrit. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Mosaic / Tiles

Selepas selesai kerja-kerja oleh tukang rumah, pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja memasang tiles di ruangan lantai rumah, bilik air, dapur, kabinet table top dan porch kereta. Untuk kerja pemasangan tiles, saya mengupah tukang lain yang khusus membuat kerja tersebut sahaja. Kos keseluruhan membeli tiles dan upah pasang tiles untuk rumah ini lebih kurang RM 23,000.00. Kerja-kerja memasang tiles ini memakan masa lebih sebulan untuk disiapkan.

Sebahagian tiles yang dibeli
pemasangan tiles dimulakan dengan tiles 2'x2'
Tiles White Horse HMP66030 berharga RM9.90 sekeping
Tiles lantai dapur PM6384 bersaiz 2'x1' berharga RM4.80 sekeping
Tiles table top bersaiz 2x2 warna hitam berharga RM16.90 sekeping
Dinding atas kabinet menggunakan Deco Tiles berharga RM13.00 sekeping
Beranda belakang rumah menggunakan tiles 2'x1'
Beranda tepi sebelah kiri (White Horse H63046 berharga RM4.50 sekeping)
Beranda depan beserta tangga
Beranda depan dan lantai menggunakan pebble wash
Pekerja sedang memasang tiles dinding bilik air
Bilik air master - kos upah lumpsum RM930.00
Bilik air kedua
Bilik air ketiga
Bilik air master menggunakan tiles 2'x1'
Pekerja sedang memasang pebble wash
Design lantai porch selepas siap dipasang tiles dan pebble wash

Sunday, 22 September 2013

Kerja Konkrit Lantai Rumah

22 September 2013, projek pembinaan rumah ini diteruskan dengan kerja konkrit lantai rumah. Samaada kerja konkrit lantai rumah dilakukan selepas siap ground beam dibina ataupun dilakukan selepas selesai kerja plaster dinding, bergantung kepada tukang ataupun tuan rumah sendiri dan jenis footing/ground beam rumah yang dibina. Saya melakukan kerja konkrit lantai rumah, kaki lima dan porch sebaik sahaja siapnya kerja plaster dinding dan memasang atap. 

Sebelum kerja konkrit lantai dibuat, lantai perlu di level terlebih dahulu dengan membuang pasir yang dimasukkan ke dalam ground beam sebelum ini mengikut level lantai yang telah ditentukan. Pasir perlu diratakan dan dimampatkan dengan menggunakan mesin hand compactor supaya lantai yang dibina tidak mendap dikemudian hari. Sebelum kerja konkrit dibuat, semburan racun anai-anai dibuat sekali lagi (kali pertama semasa membina pad footing, kali kedua sebelum memasukkan pasir ke dalam ground beam) di atas pasir lantai rumah dan kaki lima sejurus sebelum konkrit dituang.

Pekerja sedang membuang lebihan pasir
Pasir sedang dimampatkan dengan menggunakan mesin hand compactor
Keadaan pasir lantai yang siap dirata dan dimampatkan
Pasir diratakan dan di compact sehingga level yang ditetapkan
Bahan-bahan untuk konkrit lantai rumah ini adalah simen (kurang lebih 100 bag), batu aggregat 3/4" (15 tan), pasir kasar/sedang (2 lori). Perkara paling penting semasa kerja konkrit lantai adalah campuran bahan iaitu simen, batu dan pasir yang betul supaya lantai yang dibina benar-benar kukuh. Penggunaan konkrit ready-mix juga adalah digalakkan bagi menjamin kualiti campuran konkrit. Kerja konkrit lantai, kaki lima dan porch berjaya disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Konkrit dihasilkan secara manual menggunakan mesin mixer
Pekerja sedang meratakan konkrit lantai
Lantai konkrit dalam proses pembinaan
Lantai yang telah siap dikonkrit
Lantai verandah siap dikonkrit
lantai kaki lima dalam proses pembinaan
Longkang akan dibina menggunakan sistem serapan semulajadi
Pekerja sedang konkrit kaki lima bahagian belakang rumah