Monday 2 March 2015

Pelan Lantai Rumah Ini..

Memandangkan banyak sangat permintaan untuk pelan lantai rumah ini, jadi saya masukkan dalam entry ini pelan lantai rumah untuk rujukan semua.

pelan lantai rumah


pelan tapak

Tuesday 20 January 2015

Kos Pembinaan Rumah Ini...

pandangan depan rumah terkini

Setelah sekian lama tidak membuat entry baru, dek kerana macam tersangat sibuk dengan kerja-kerja seharian, tambah pula rasa malas yang teramat untuk menulis lagi. Seperti yang dijanjikan, saya akan menyenaraikan rumusan kos keseluruhan pembinaan rumah ini.

Secara keseluruhannya, kos pembinaan rumah ini adalah RM255,118.70. Jumlah besar ini adalah tidak termasuk kos membina pagar konkrit sekeliling rumah. Pecahan kos keseluruhan ini adalah merangkumi bahan binaan, upah tukang rumah, wiring elektrik, siling kapur, kelengkapan paip, bilik air dan tandas, mosaic tiles dan lantai laminate, pintu, kelengkapan suis, soket, lampu dan kipas.

Rumusan secara kasar, perincian kos-kos yang terlibat selain daripada bahan binaan kasar seperti simen, batu, pasir, kayu, batu-bata dan lain-lain adalah seperti jadual di bawah :

Bil Perkara
Kos (RM)       
1  Upah tukang rumah
                  72,000.00 
2  Mosaic tiles dan lantai laminate  termasuk upah
                29,138.34 
3  Cat termasuk upah
                11,304.50 
4  Siling Kapur
                  15,000.00 
5  Frame pintu dan tingkap
                   7,520.00 
6  Pintu dan Panel tingkap
                   9,070.00 
7  Besi Y12 dan R6
                   7,870.00 
8  Wiring elektrik termasuk upah
 8,495.00 
9  Kelengkapan suis, soket, lampu dan kipas
                    3,139.00 
10  Kelengkapan bilik air dan tandas  3,500.00 
11  Kos sewaan (JCB, mixer, compactor)  3,820.00 
12  Kayu Kekuda Atap
                  16,750.00 
13  Atap Contour Monier dan aksesori 13,336.30 

Thursday 2 October 2014

Kerja Pendawaian Elektrik dan Sambungan Bekalan Elektrik

Januari 2014, Kerja-kerja akhir pembinaan rumah ini dengan membuat kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik. Kerja pendawaian elektrik dilaksanakan dengan mengupah wireman manakala semua bahan-bahan seperti kabel, soket saya beli sendiri. Kadar upah wireman dikira jumlah bilangan point dengan kadar upah RM 30.00 per point bagi lampu, soket, Aircond dan water heater, RM50.00 pendawaian Autogate dan upah pemasangan DB sebanyak RM500.00.

Manakala kadar upah pemasangan adalah RM10 per lampu downlight, RM15 bagi setiap lampu gantung, lampu tiang, lampu pagar, lampu sportlight dan RM15.00 bagi setiap kipas siling. Untuk pendawaian elektrik rumah ini, saya menggunakan kabel saiz 1.5mm untuk lampu, 2.5mm untuk soket dan 4mm untuk point aircond.

Selepas selesai kerja-kerja pendawaian, permohonan sambungan bekalan elektrik daripada TNB telah dibuat. Oleh sebab saya meletak meter elektrik di tiang pagar, tambahan tiang elektrik beserta underground kabel diperlukan berbanding sambungan meter biasa. Kos yang dikenakan untuk permohonan sambungan bekalan adalah seperti berikut :

  1. Bayaran cagaran = RM1200.00 (3 phase - rumah banglo)
  2. Bayaran caj sambungan = RM1700.00 (melibatkan underground kabel)
  3. Duti setem = RM10.00
Selepas bayaran dijelaskan kepada TNB, sambungan bekalan elektrik ke rumah ini telah dibuat pada 20.02.2014. Dengan selesainya penyambungan bekalan elektrik, pembinaan ini secara kasarnya telah selesai dengan jayanya. Entry selepas ini, saya akan cuba untuk merumuskan secara detail kos-kos yang telah dikeluarkan sepanjang pembinaan rumah ini.

Tuesday 31 December 2013

Kerja-Kerja Mengecat Rumah dan Pagar

Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah berserta pagar memakan masa 15 hari untuk disiapkan sepenuhnya dengar kadar upah RM6000.00.

Pandangan rumah selepas siap kerja mengecat
Dinding dalam dan siling dicat warna putih sepenuhnya
Dinding sedang dicat
Pintu sliding dan tingkap siap di varnis
Design siling 6 batang kayu dicat warna gelap
Beam dan tiang dicat dengan PAR Weathercoat 5839
Pandangan belakang rumah
Bahagian dinding dan tiang tidak di cat untuk dipasang batu kastone

Dinding dicat dengan PAR Weathercoat 5760

Thursday 19 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Mosaic / Tiles

Selepas selesai kerja-kerja oleh tukang rumah, pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja memasang tiles di ruangan lantai rumah, bilik air, dapur, kabinet table top dan porch kereta. Untuk kerja pemasangan tiles, saya mengupah tukang lain yang khusus membuat kerja tersebut sahaja. Kos keseluruhan membeli tiles dan upah pasang tiles untuk rumah ini lebih kurang RM 23,000.00. Kerja-kerja memasang tiles ini memakan masa lebih sebulan untuk disiapkan.

Sebahagian tiles yang dibeli
pemasangan tiles dimulakan dengan tiles 2'x2'
Tiles White Horse HMP66030 berharga RM9.90 sekeping
Tiles lantai dapur PM6384 bersaiz 2'x1' berharga RM4.80 sekeping
Tiles table top bersaiz 2x2 warna hitam berharga RM16.90 sekeping
Dinding atas kabinet menggunakan Deco Tiles berharga RM13.00 sekeping
Beranda belakang rumah menggunakan tiles 2'x1'
Beranda tepi sebelah kiri (White Horse H63046 berharga RM4.50 sekeping)
Beranda depan beserta tangga
Beranda depan dan lantai menggunakan pebble wash
Pekerja sedang memasang tiles dinding bilik air
Bilik air master - kos upah lumpsum RM930.00
Bilik air kedua
Bilik air ketiga
Bilik air master menggunakan tiles 2'x1'
Pekerja sedang memasang pebble wash
Design lantai porch selepas siap dipasang tiles dan pebble wash

Thursday 12 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Tingkap dan Pintu Kayu

Pembinaan rumah diteruskan dengan kerja memasang panel tingkap dan pintu. Semua tingkap, sliding dan pintu telah ditempah dari kedai yang sama dengan frame kayu sebelum ini. Bagi memastikan kualiti dan ketahanan, saya menggunakan kayu seraya (kayu cengal terlalu mahal) untuk semua tingkap, sliding, pintu utama dan pintu belakang.

tingkap labuh yang siap dipasang
tukang sedang mengetam tingkap
tukang sedang memasang ensel pintu
pintu bilik sedang dipasang
rekabentuk pintu utama yang simple
pintu belakang yang dibuat menggunakan kayu seraya
tingkap dapur telah siap dipasang
panel pintu sliding (3 set) kayu seraya
pintu sliding kayu sedang dipasang
pandangan pintu sliding kayu dari dalam

Tuesday 3 December 2013

Kerja-Kerja Membina Pagar Konkrit

Projek pembinaan rumah ini diteruskan dengan membina pagar konkrit untuk keseluruhan kawasan tapak rumah. Ukuran panjang keseluruhan pagar yang dibina adalah 350 kaki, menggunakan batu bata dan konkrit dengan kadar upah yang dikenakan adalah RM24.00 sekaki.

Tapak asas pagar sedang dibina
proses membina tiang pagar
tiang pagar dibina menggunakan batu bata
proses membina dinding pagar menggunakan batu bata
tukang sedang mengikat bata dinding pagar
tiang pagar yang telah siap dibina
sebahagian dinding pagar 
proses plaster pagar
pagar yang telah siap di plaster
cadangan memasang pagar kayu pada ruangan ini
pandangan pagar dari depan