Thursday 2 October 2014

Kerja Pendawaian Elektrik dan Sambungan Bekalan Elektrik

Januari 2014, Kerja-kerja akhir pembinaan rumah ini dengan membuat kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik. Kerja pendawaian elektrik dilaksanakan dengan mengupah wireman manakala semua bahan-bahan seperti kabel, soket saya beli sendiri. Kadar upah wireman dikira jumlah bilangan point dengan kadar upah RM 30.00 per point bagi lampu, soket, Aircond dan water heater, RM50.00 pendawaian Autogate dan upah pemasangan DB sebanyak RM500.00.

Manakala kadar upah pemasangan adalah RM10 per lampu downlight, RM15 bagi setiap lampu gantung, lampu tiang, lampu pagar, lampu sportlight dan RM15.00 bagi setiap kipas siling. Untuk pendawaian elektrik rumah ini, saya menggunakan kabel saiz 1.5mm untuk lampu, 2.5mm untuk soket dan 4mm untuk point aircond.

Selepas selesai kerja-kerja pendawaian, permohonan sambungan bekalan elektrik daripada TNB telah dibuat. Oleh sebab saya meletak meter elektrik di tiang pagar, tambahan tiang elektrik beserta underground kabel diperlukan berbanding sambungan meter biasa. Kos yang dikenakan untuk permohonan sambungan bekalan adalah seperti berikut :

  1. Bayaran cagaran = RM1200.00 (3 phase - rumah banglo)
  2. Bayaran caj sambungan = RM1700.00 (melibatkan underground kabel)
  3. Duti setem = RM10.00
Selepas bayaran dijelaskan kepada TNB, sambungan bekalan elektrik ke rumah ini telah dibuat pada 20.02.2014. Dengan selesainya penyambungan bekalan elektrik, pembinaan ini secara kasarnya telah selesai dengan jayanya. Entry selepas ini, saya akan cuba untuk merumuskan secara detail kos-kos yang telah dikeluarkan sepanjang pembinaan rumah ini.