Wednesday 28 August 2013

Kerja-Kerja Melepa / Plaster Dinding Rumah

Memandangkan atap rumah ini masih belum dibeli kerana kengkangan modal, dan bagi mengelakkan pembinaan rumah ini tertangguh, tukang rumah meneruskan kerjanya dengan memulakan kerja plaster dinding. Walaupun mengikut kebiasaannya atap perlu dipasang terlebih dahulu sebaik kekuda bumbung siap dipasang, sebelum kerja plaster dinding dibuat. Atap akan dibeli dalam masa terdekat sebaik sahaja cek tuntutan daripada BPP diterima oleh peguam.

Anggaran bahan untuk kerja plaster keseluruhan rumah adalah lebih kurang 100 bag simen, 2 lori pasir halus dan 2 bundle kapur. Kerja plaster dimulakan pada dinding luar terlebih dahulu dan diteruskan pada dinding sebelah dalam sehingga siap sepenuhnya.

Kerja plaster dinding bahagian luar
Pekerja sedang melakukan kerja plaster dinding
Pekerja sedang meratakan plaster supaya kemas dan cantik
Kerja plaster sedang berjalan
Dinding bahagian depan siap di plaster
Dinding bahagian kiri selepas di plaster
Pandangan kiri dari belakang
Dinding bahagian belakang siap di plaster
Kerja plaster diteruskan di bahagian dinding dalam
Tukang sedang plaster dinding dengan campuran simen dan kapur
Dinding bahagian ruang tamu hampir siap

Thursday 22 August 2013

Kerja Membina Mainhole, Saluran Paip dan Tangki Septik

Bagi mempercepatkan proses pembinaan rumah ini, kerja membina mainhole, paip dan tangki septik dijalankan serentak dengan kerja memasang conceal conduit. Kerja-kerja berkaitan tangki septik ini mesti mengikut pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan oleh pihak Indah Water (IWK) semasa memohon kebenaran merancang sebelum ini. Jika pelan dan spesifikasi tidak dipatuhi, kemungkinan akan mendatangkan masalah semasa memohon sijil CFO kelak.

Kerja mengorek lubang untuk tangki septik
Tangki septik dan kerek yang digunakan

Mainhole 1 dan saluran paip siap digali
Saluran paip ke Mainhole 2
Paip uPVC 4" digunakan
Mainhole dibina dengan batu bata
Mainhole yang telah siap dibina

Wednesday 21 August 2013

Kerja Memasang Conceal Conduit Wiring dan Aircond

Sebaik selesai kerja-kerja memasang kekuda bumbung rumah, saya mengambil keputusan untuk meneruskan kerja dengan membuat conceal conduit wiring dan memasang piping aircond memandangkan atap masih belum dibeli kerana menunggu cek tuntutan daripada BPP yang masih belum diterima.

Sebelum kerja memasang conceal conduit dijalankan, saya perlu menentukan bilangan dan lokasi point plug dan suis terlebih dahulu dan memerlukan perancangan yang teliti supaya menepati kehendak, fungsi dan susunatur dalaman rumah nanti. 

Conduit yang telah siap dipasang di ruang tamu
Untuk point plug TV dan astro
Point untuk plug peti ais, oven dan peralatan dapur
Piping Aircond di ruang tamu
Piping Aircond di bilik tidur utama
Ruang menonton keluarga dan ruang makan

Saturday 17 August 2013

Selepas 3 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Ogos 2013, selepas 3 bulan projek pembinaan rumah ini berjalan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah membina roof beam dan memasang kekuda bumbung rumah.

Pandangan kiri
Pandangan kanan
Pandangan depan

Fasa seterusnya adalah kerja-kerja memasang atap genting, memasang paip air dan conduit wiring dalam dinding sebelum kerja melepa/ plaster dinding dibuat.

Saturday 10 August 2013

Kerja-Kerja Membina Kekuda Bumbung Rumah

Bermula 6 Ogos 2013, kerja-kerja membina kekuda bumbung rumah dibuat sebaik sahaja roof beam siap sepenuhnya. Untuk kekuda bumbung rumah ini, saya menggunakan kayu Kelat masak (gred A) dan telah membeli kayu dengan saiz dan kuantiti berikut :

Bil Perkara Kuantiti Harga seKaki (RM)
1  Kayu 2x5 (panjang 24ka) 17 batang
2.90 (69.60 sebatang) 
2 Kayu 2x5 (panjang 20ka)41 batang
2.70 (54.00 sebatang) 
3  Kayu 2x5 (panjang 18ka)17 batang
2.70 (48.60 sebatang) 
4  Kayu 2x5 (panjang 14ka)12 batang
2.70 (37.80 sebatang) 
5  Kayu 2x5 (panjang 12ka) 47 batang
2.70 (32.40 sebatang) 
6  Kayu 2x4 (panjang 24ka)16 batang
2.30 (55.20 sebatang) 
7  Kayu 2x4 (panjang 22ka) 46 batang
2.30 (50.60 sebatang) 
8  Kayu 2x4 (panjang 20ka) 20 batang
2.10 (42.00 sebatang) 
9  Kayu 2x4 (panjang 12ka)74 batang
2.10 (25.20 sebatang) 
10  Kayu 2x4 (panjang 10ka) 38 batang 2.10 (21.00 sebatang) 
11  Kayu 2x4 (panjang 8ka) 13 batang 2.10 (16.80 sebatang) 
12  Kayu 1x2 1 tan
1300 se Tan 

Rekabentuk bumbung pandangan depan
Kekuda kayu sedang dalam pembinaan
Kayu kekuda yang telah siap dipasang
Kekuda bumbung di ruang makan
Kekuda bumbung bahagian dapur
Kekuda bumbung dari pandangan kanan