Thursday 18 July 2013

Kerja-Kerja Membina Beam Atas (Roof Beam)

18 Julai 2013, kerja-kerja pembinaan diteruskan dengan membina beam atas atau roof beam. Untuk membina roof beam ini, saya telah membuat pembelian tambahan besi iaitu sebanyak 60 batang besi Y12mm dan 55 batang besi link R6.

Update 05.08.2013 : Padangan depan selepas roof beam siap dibina
Kerja dimulakan dengan memotong, membengkok dan mengikat besi untuk tetulang beam yang akan dibina nanti.

pekerja sedang memotong dan mengikat besi
Selepas selesai kerja-kerja besi dan formwork siap dipasang, kerja konkrit dijalankan dengan memasukkan konkrit ke dalam acuan formwork. Proses kerja membuat roof beam ini dijalankan sebanyak 3 fasa untuk keseluruhan rumah ini.

Sebahagian besi siap dipasang
Pandangan belakang sisi kiri
Pandangan depan
Pekerja sedang konkrit roof beam
Update 27.07.2013 : Sebahagian roof beam yang siap dibina
Update 04.08.2013 : pandangan depan sisi kanan
Update 05.08.2013 : Roof beam telah siap sepenuhnya

Wednesday 17 July 2013

Selepas 2 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Julai 2013, selepas 2 bulan projek pembinaan rumah ini berjalan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah membina tiang rumah, dinding keseluruhan rumah beserta pemasangan frame tingkap, pintu dan pintu sliding. Status projek masih lagi mengikut perancangan yang ditetapkan namun kerja-kerja pembinaan mula perlahan apabila memasuki bulan Ramadhan yang baru seminggu ditempuhi.

Pandangan depan
Pandangan depan - sisi kiri
Pandangan depan - sisi kanan
Pandangan belakang sisi kiri
Pandangan belakang
Untuk membina dinding rumah ini, jumlah batu bata yang digunakan adalah sebanyak 32 bundle (600 biji se bundle) atau sebanyak 19,200 biji batu bata.

Fasa seterusnya adalah kerja-kerja membina beam atas (roof beam), memasang kekuda kayu dan atap genting.

Wednesday 3 July 2013

Memasang Frame Tingkap, Pintu dan Sliding

Frame tingkap, pintu dan sliding kayu seraya yang ditempah lebih sebulan yang lalu telah siap dan sampai ke tapak rumah tepat pada masanya dimana kerja mengikat batu bata bagi dinding tanpa frame telah hampir siap sepenuhnya.

frame tingkap labuh berpagar kayu seraya
frame yang ditempah baru sampai di tapak
frame berbentuk L
sebahagian daripada frame yang ditempah

Oleh kerana frame yang digunakan adalah frame kayu, frame tersebut perlu diletakkan dan dipasang di kedudukannya sebelum kerja mengikat bata boleh diteruskan sehingga siap sepenuhnya. Untuk projek ini, sebanyak 2 buah frame tingkap 3 daun labuh berpagar, 2 buah frame tingkap 2 daun labuh berpagar, 4 buah frame tingkap 3 daun, 2 buah frame tingkap 2 daun, 3 frame pintu sliding, 1 frame pintu utama dan 10 frame pintu bilik, dapur dan bilik air.

frame pintu sliding baru dipasang
salah satu frame yang siap dipasang
frame tingkap dalam bilik utama
frame tingkap di ruang tamu
tukang sedang memasang frame pintu sliding di ruang makan
sebahagian daripada frame yang siap dipasang
update 7.7.2013
update 7.7.2013
update 8.7.2013: pandangan sisi kanan
update 8.7.2013 , pandangan dari hadapan