Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Selepas 2 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Julai 2013, selepas 2 bulan projek pembinaan rumah ini berjalan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah membina tiang rumah, dinding keseluruhan rumah beserta pemasangan frame tingkap, pintu dan pintu sliding. Status projek masih lagi mengikut perancangan yang ditetapkan namun kerja-kerja pembinaan mula perlahan apabila memasuki bulan Ramadhan yang baru seminggu ditempuhi.

Pandangan depan
Pandangan depan - sisi kiri
Pandangan depan - sisi kanan
Pandangan belakang sisi kiri
Pandangan belakang
Untuk membina dinding rumah ini, jumlah batu bata yang digunakan adalah sebanyak 32 bundle (600 biji se bundle) atau sebanyak 19,200 biji batu bata.

Fasa seterusnya adalah kerja-kerja membina beam atas (roof beam), memasang kekuda kayu dan atap genting.

Monday, 17 June 2013

Selepas 1 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Jun 2013, selepas 1 bulan projek pembinaan rumah ini bermula, status kemajuan projek adalah mengikut perancangan yang ditetapkan. Dalam tempoh 1 bulan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah menyiapkan kerja-kerja pertapakan rumah iaitu pad footing, stump dan ground beam.

Kemajuan projek selepas 1 bulan
Fasa seterusnya adalah kerja-kerja mendirikan tiang dan dinding rumah beserta memasang frame tingkap dan pintu.

Wednesday, 1 August 2012

Perancangan Membina Rumah Impian

Dalam merealisasikan pembinaan rumah impian ku, berbagai-bagai perkara yang bermain difikiran. Rasanya terlalu banyak perkara yang hendak disenaraikan...itu ini itu ini tetapi tak tahu bagaimana harus saya bermula.

Setelah dibuat banyak research melalui pertanyaan dengan ramai kawan dan pakcik google, saya mengambil keputusan untuk membina sendiri rumah yang mana mengupah tukang rumah dan mengurus sendiri sepenuhnya pembinaan rumah itu nanti.

Sebenarnya, perancangan untuk membina rumah impian ini bermula sebaik sahaja permohonan saya pindah ke Kemaman berjaya iaitu pada awal Januari 2011. Sebaik sahaja berkhidmat di sini, perancangan pertama adalah mencari tapak lot banglo yang sesuai dan strategik. Memandangkan tempat kerja terletak di Kampung Payoh, Kijal, tapak banglo yang sesuai adalah dalam lingkungan kawasan Kemasik hingga ke Kijal yang mana jarak ke tempat kerja dalam lingkungan 15 km dan jarak untuk balik kampung dalam lingkungan 45km. Setelah berusaha mencari dan membuat survey, saya telah memilih untuk membeli tapak lot banglo di Meraga Beris, Kijal yang mana pada pandangan saya ianya sangat strategik dan memenuhi kriteria yang dicari. Pada April 2011, saya telah membeli satu lot banglo berkeluasan 631 mps dengan harga yang munasabah (harga pasaran masa itu) RM5X,XXX di Meraga Beris, 7 km dari tempat kerja, berdekatan dengan masjid, sekolah dan dekat dengan jalan utama KT - Kuantan.

Misi pertama telah berjaya, dan perancangan seterusnya saya target untuk start kerja membina rumah dalam tempoh 2 tahun akan datang.


Pandangan Depan