Showing posts with label plaster siling. Show all posts
Showing posts with label plaster siling. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Kerja-Kerja Mengecat Rumah dan Pagar

Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah berserta pagar memakan masa 15 hari untuk disiapkan sepenuhnya dengar kadar upah RM6000.00.

Pandangan rumah selepas siap kerja mengecat
Dinding dalam dan siling dicat warna putih sepenuhnya
Dinding sedang dicat
Pintu sliding dan tingkap siap di varnis
Design siling 6 batang kayu dicat warna gelap
Beam dan tiang dicat dengan PAR Weathercoat 5839
Pandangan belakang rumah
Bahagian dinding dan tiang tidak di cat untuk dipasang batu kastone

Dinding dicat dengan PAR Weathercoat 5760

Tuesday, 19 November 2013

Kerja-Kerja Memasang Plaster Siling

Fasa akhir projek rumah ini dimulakan dengan kerja memasang plaster siling atau siling kapur. Pemasangan siling kapur rumah ini berkonsepkan moden serta 'simple'. Untuk keseluruhan rumah ini, kerja pemasangan siling memakan masa selama 7 hari untuk disiapkan.

Ruang Tamu

kerja memasang siling ruang tamu sedang dijalankan
rekabentuk siling dengan light box
rekabentuk 6 batang 'kayu' bersaiz 4"x8"

Ruang Keluarga

kerja pemasangan siling di ruang keluarga
rekabentuk siling ruang keluarga berbentuk petak dengan light box
pandangan design siling ruang keluarga

Ruang Makan

pekerja sedang plaster siling
pandangan siling di ruang makan dalam proses pemasangan
rekabentuk siling tergantung di ruang makan

Ruang Menonton TV

rekebentuk simple
pandangan siling di ruang menonton

Ruang Dapur

Truss aluminium sedang di pasang
Truss aluminium sedang di pasang
rekabentuk siling dapur yang simple
rekabentuk siling dapur yang disesuaikan dengan design kitchen cabinet
gambaran kitchen cabinet

Bilik Tidur

siling di bilik tidur utama
design siling untuk semua bilik