Selepas selesai kerja-kerja oleh tukang rumah, pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja memasang tiles di ruangan lantai rumah, bilik air, dapur, kabinet table top dan porch kereta. Untuk kerja pemasangan tiles, saya mengupah tukang lain yang khusus membuat kerja tersebut sahaja. Kos keseluruhan membeli tiles dan upah pasang tiles untuk rumah ini lebih kurang RM 23,000.00. Kerja-kerja memasang tiles ini memakan masa lebih sebulan untuk disiapkan.
| Sebahagian tiles yang dibeli |
| pemasangan tiles dimulakan dengan tiles 2'x2' |
| Tiles White Horse HMP66030 berharga RM9.90 sekeping |
| Tiles lantai dapur PM6384 bersaiz 2'x1' berharga RM4.80 sekeping |
| Tiles table top bersaiz 2x2 warna hitam berharga RM16.90 sekeping |
![]() |
| Dinding atas kabinet menggunakan Deco Tiles berharga RM13.00 sekeping |
| Beranda belakang rumah menggunakan tiles 2'x1' |
| Beranda tepi sebelah kiri (White Horse H63046 berharga RM4.50 sekeping) |
| Beranda depan beserta tangga |
| Beranda depan dan lantai menggunakan pebble wash |
| Pekerja sedang memasang tiles dinding bilik air |
| Bilik air master - kos upah lumpsum RM930.00 |
| Bilik air kedua |
| Bilik air ketiga |
| Bilik air master menggunakan tiles 2'x1' |
| Pekerja sedang memasang pebble wash |
| Design lantai porch selepas siap dipasang tiles dan pebble wash |
