Saturday, 29 June 2013

Membina Tiang Rumah dan Mengikat Batu Bata

Bermula 21 Jun 2013, kerja-kerja membina tiang rumah telah dijalankan setelah ground beam siap diisi pasir sepenuhnya. Kerja membina tiang rumah dimulakan dengan memotong dan mengikat 4 batang besi Y12 dengan besi link R6 untuk setiap tiang rumah yang akan dibina. Dalam masa yang sama, sebanyak 7 buah formwork sebagai acuan tiang rumah juga dibuat sebelum kerja konkrit dijalankan.

Besi Y12 diikat dan dipasang pada tapak
7 Formwork tiang siap dipasang tegak untuk kerja konkrit
Sebanyak 28 tiang akan dibina untuk rumah ini
Seterusnya kerja memasang besi tiang di tapak rumah dibuat dan kemudian formwork dipasang sebelum kerja konkrit tiang bermula. Untuk proses kerja konkrit tiang rumah ini, sebanyak 7 tiang dapat disiapkan dalam masa 1 hari dimana tempoh 4 hari kerja membina tiang rumah sebanyak 28 batang berjaya disiapkan.

Sebahagian tiang yang telah siap dibina
Kerja mengikat batu bata sedang berjalan
Dalam masa yang sama, kerja-kerja mengikat batu bata untuk dinding rumah dibuat serentak sebaik sahaja sebahagian tiang siap dikonkrit. Untuk permulaan, saya membeli 20 pallet (12,000 biji) batu bata putih (600 biji sepallet) dengan harga RM130.00 sepallet (Sirim standard). Anggaran batu bata yang akan digunakan untuk membina dinding adalah tidak kurang daripada 15,000 biji.

Sebahagian dinding yang telah dibina
Batu bata diikat setinggi 2 kaki sebelum dipasang frame tingkap labuh
Kakak sedang meninjau pembinaan rumah
Kerja mengikat bata sedang berjalan