Memandangkan atap rumah ini masih belum dibeli kerana kengkangan modal, dan bagi mengelakkan pembinaan rumah ini tertangguh, tukang rumah meneruskan kerjanya dengan memulakan kerja plaster dinding. Walaupun mengikut kebiasaannya atap perlu dipasang terlebih dahulu sebaik kekuda bumbung siap dipasang, sebelum kerja plaster dinding dibuat. Atap akan dibeli dalam masa terdekat sebaik sahaja cek tuntutan daripada BPP diterima oleh peguam.
Anggaran bahan untuk kerja plaster keseluruhan rumah adalah lebih kurang 100 bag simen, 2 lori pasir halus dan 2 bundle kapur. Kerja plaster dimulakan pada dinding luar terlebih dahulu dan diteruskan pada dinding sebelah dalam sehingga siap sepenuhnya.
|
Kerja plaster dinding bahagian luar |
|
Pekerja sedang melakukan kerja plaster dinding |
|
Pekerja sedang meratakan plaster supaya kemas dan cantik |
|
Kerja plaster sedang berjalan |
|
Dinding bahagian depan siap di plaster |
|
Dinding bahagian kiri selepas di plaster |
|
Pandangan kiri dari belakang |
|
Dinding bahagian belakang siap di plaster |
|
Kerja plaster diteruskan di bahagian dinding dalam |
|
Tukang sedang plaster dinding dengan campuran simen dan kapur |
|
Dinding bahagian ruang tamu hampir siap |