- Mesti ada tanah sendiri bergeran individu / hak milik sendiri atau bersama pasangan.
Semestinya hendak membina rumah, kenalah ada tanah milik sendiri. Namun, untuk membuat pinjaman perumahan, status tanah itu mestilah jelas dari segi hak milik (bergeran) sendiri/bersama pasangan, tanah berstatus bangunan (kalau tanah status pertanian bersaiz 1 ekar atau lebih masih boleh buat pinjaman perumahan kerajaan), status tanah bebas daripada bebanan (kalau ada bebanan/ sekatan, sila selesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan pinjaman tidak diluluskan atau masalah tanah tidak boleh digadaikan kepada pihak pemberi pinjaman).
- Mesti ada modal permulaan (wang tunai) ditangan.
Untuk menguruskan bina rumah sendiri, sememangnya kita mesti ada modal/wang tunai ditangan. Sekiranya tiada modal pusingan, kita umpama kontraktor sakit yang mengharapkan duit claim pinjaman sepenuhnya yang akan mengakibatkan projek pembinaan terbengkalai, lambat, pekerja lari dan sebagainya. Oleh itu, kita mesti sediakan modal wang tunai ditangan dalam anggaran RM30,000.00 - RM 50,000.00 sebelum kerja pembinaan bermula.
Tips : Sekiranya modal tidak mencukupi atau kekurangan modal, jangan mula kerja pembinaan sebaik sahaja pinjaman diluluskan. Kita boleh membuat claim permulaan 10% dengan BPP sebaik sahaja urusan gadaian tanah kepada Kerajaan Malaysia selesai dibuat. Biasanya memakan masa dalam 2 bulan selepas pinjaman lulus. - Mesti ada ilmu dan pengetahuan dalam selok belok menguruskan bina rumah sendiri.
Memandangkan kita telah melantik diri sendiri sebagai kontraktor merangkap konsultan dan pengurus projek, seboleh-bolehnya kita mesti lah ada serba sedikit ilmu dan pengetahuan dalam selok belok pembinaan rumah seperti syarat-syarat buat pinjaman, urusan dengan peguam, deal dengan tukang, mengawal selia progress kerja, urusan beli bahan binaan, tahu asas pembinaan (seperti spesifikasi struktur, aturan kerja), boleh membaca atau memahami pelan rumah. Oleh itu, kita kena rajinlah mencari maklumat berkenaan bina rumah (seperti membaca blog ini, hihi) atau tanya orang yang ada pengalaman urus bina rumah sendiri. - Mesti ada masa untuk memantau progress kerja di tapak.
Antara perkara terpenting untuk kita menguruskan pembinaan rumah sendiri adalah kita mempunyai masa untuk mengurus dan memantau kerja-kerja di tapak, seelok-eloknya kita berada atau tempat bekerja berhampiran dengan tapak. Melainkan kita boleh minta tolong ahli keluarga atau orang yang boleh dipercayai untuk membantu. Pada saya, akan berlaku banyak kesukaran dan masalah kiranya kita tidak boleh memantau projek secara terus dan kerap.
Sunday, 27 October 2013
Perkongsian Pengalaman | Persediaan Yang Perlu Sebelum Membina Rumah Sendiri
Posted on Sunday, October 27, 2013 by Unknown
Berdasarkan pengalaman saya menguruskan sendiri pembinaan rumah ini, kita perlu membuat persediaan terlebih dahulu sebelum kita memutuskan untuk menguruskan sendiri bina rumah impian masing-masing. Antara persediaan yang perlu ada sebelum memutuskan untuk menguruskan bina rumah sendiri atau melantik diri sendiri sebagai pengurus projek, kontraktor merangkap konsultan (untuk kes bina rumah sendiri dengan pinjaman perumahan sahaja) adalah seperti berikut :