Saturday, 29 June 2013

Membina Tiang Rumah dan Mengikat Batu Bata

Bermula 21 Jun 2013, kerja-kerja membina tiang rumah telah dijalankan setelah ground beam siap diisi pasir sepenuhnya. Kerja membina tiang rumah dimulakan dengan memotong dan mengikat 4 batang besi Y12 dengan besi link R6 untuk setiap tiang rumah yang akan dibina. Dalam masa yang sama, sebanyak 7 buah formwork sebagai acuan tiang rumah juga dibuat sebelum kerja konkrit dijalankan. Besi Y12 diikat dan dipasang pada tapak 7 Formwork tiang siap...

Thursday, 20 June 2013

Kerja Memasukkan Pasir ke dalam Ground Beam

19 Jun 2013, selepas ground beam siap sepenuhnya, kerja-kerja memasukkan pasir kotor ke dalam ground beam dijalankan. Ground beam yang dibina setinggi 2 kaki perlu dimasukkan pasir atau tanah supaya kerja konkrit lantai rumah boleh dibuat selepas pasir/ tanah tersebut telah padat sepenuhnya. Saya menggunakan pasir lombong untuk diisi sepenuhnya ke dalam ground beam kerana pasir lebih padat dan tidak mendap berbanding menggunakan tanah. Kerja-kerja...

Monday, 17 June 2013

Selepas 1 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Jun 2013, selepas 1 bulan projek pembinaan rumah ini bermula, status kemajuan projek adalah mengikut perancangan yang ditetapkan. Dalam tempoh 1 bulan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah menyiapkan kerja-kerja pertapakan rumah iaitu pad footing, stump dan ground beam. Kemajuan projek selepas 1 bulan Fasa seterusnya adalah kerja-kerja mendirikan tiang dan dinding rumah beserta memasang frame tingkap dan pint...

Thursday, 13 June 2013

Kerja-Kerja Membina Ground Beam

10 Jun 2013, kerja- kerja membina ground beam di tapak rumah mula berjalan. Selepas kerja memotong, membengkok dan mengikat besi untuk ground beam selesai dibuat, besi terlebih dahulu diletak, disusun dan diikat sebagaimana pelan lantai rumah. Kemudian formwork digunakan untuk membentuk acuan ground beam sebelum kerja konkrit dilakukan. Besi Y12 dan besi link R6 diikat dan disusun membentuk ground beam Formwork membentuk acuan untuk konkrit...

Tuesday, 4 June 2013

Kerja Membuat Formwork untuk Ground Beam

Selepas selesai kerja-kerja konkrit pad footing dan stump, kerja-kerja membuat formwork untuk ground beam bermula. Mengikut pelan, tinggi aras lantai rumah adalah 2 kaki dari tapak. Oleh itu, ground beam yang akan dibina adalah setinggi 2 kaki. Sebelum kerja ground beam dilaksanakan, formwork perlu disiapkan terlebih dahulu menggunakan pylwood dan kayu 1x2. Sebelum pembinaan bermula, saya telah membeli plywood 12mm sebanyak 40 keping dan kayu 1x2...

Saturday, 1 June 2013

Membina Pad Footing dan Tiang Stump

Bermula pada 26 Mei 2013, kerja-kerja membuat pad footing dan tiang stump dijalankan dengan menggunakan Reinforced concrete. Besi untuk footing dan tiang stump diletakkan ke dalam lubang yang dikorek sebelum ini dan kedudukan footing dan tiang di setting semula pada kedudukan sebenar sebelum kerja konkrit dilakukan. Sebanyak 36 pad footing dan tiang stump berjaya disiapkan dalam masa 7 hari. Kedudukan besi pad footing dan stump yang telah disetting...