Tuesday, 4 June 2013

Kerja Membuat Formwork untuk Ground Beam

Selepas selesai kerja-kerja konkrit pad footing dan stump, kerja-kerja membuat formwork untuk ground beam bermula. Mengikut pelan, tinggi aras lantai rumah adalah 2 kaki dari tapak. Oleh itu, ground beam yang akan dibina adalah setinggi 2 kaki. Sebelum kerja ground beam dilaksanakan, formwork perlu disiapkan terlebih dahulu menggunakan pylwood dan kayu 1x2. Sebelum pembinaan bermula, saya telah membeli plywood 12mm sebanyak 40 keping dan kayu 1x2 sebanyak 1 tan untuk membuat formwork.

Formwork yang dibuat menggunakan plywood 12mm dan kayu 1x2
Sebahagian formwork yang telah siap

Saturday, 1 June 2013

Membina Pad Footing dan Tiang Stump

Bermula pada 26 Mei 2013, kerja-kerja membuat pad footing dan tiang stump dijalankan dengan menggunakan Reinforced concrete. Besi untuk footing dan tiang stump diletakkan ke dalam lubang yang dikorek sebelum ini dan kedudukan footing dan tiang di setting semula pada kedudukan sebenar sebelum kerja konkrit dilakukan. Sebanyak 36 pad footing dan tiang stump berjaya disiapkan dalam masa 7 hari.

Kedudukan besi pad footing dan stump yang telah disetting mengikut pelan
Pad footing dan stump sebelum di konkrit 
Konkrit dimasukkan ke dalam lubang
Tukang meratakan konkrit 
Formwork digunakan untuk membentuk tiang stump
pad footing dan stump yang telah siap

Tuesday, 21 May 2013

Pemasangan Paip dan Meter Air oleh Kontraktor SATU

21 Mei 2013, bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan, saya telah memohon bekalan air daripada Syarikat Air Terengganu (SATU). Pemasangan paip dan meter air dijalankan oleh kontraktor SATU daripada paip utama ke tapak rumah saya ini. Kos yang dikenakan untuk pemasangan dan deposit air adalah sebanyak RM2,200.00.
Meter Air siap dipasang
Bekalan air daripada SATU
Sambungan daripada paip utama di seberang jalan tar

Monday, 20 May 2013

Kerja Memotong, Membengkok dan Mengikat Besi

Dalam masa yang sama, tukang rumah dan pekerja membuat kerja memotong, membengkok dan mengikat besi untuk digunakan pada pad footing, tiang dan beam. Besi yang digunakan adalah besi Y12mm dan besi link R6. Untuk permulaan, saya telah membeli besi Y12 sebanyak 2 tan dan besi link R6 sebanyak 120 batang.
Besi link yang siap dipotong
Besi Y12 dipotong dan dibengkok

Besi yang siap diikat untuk pad footing
4 batang besi Y12 untuk tiang diikat dengan besi link R6


Sunday, 19 May 2013

Kerja Mengorek Lubang "Pad Footing"

19 Mei 2013, selepas kedudukan tapak asas rumah dikenalpasti dan ditanda, kerja mengorek/ menggali lubang untuk pad footing dijalankan menggunakan mesin Case yang disewa dengan kadar RM400 sehari. Sebanyak 36 lubang telah digali sedalam 3-4 kaki untuk dijadikan tapak asas rumah ini.
Kerja menggali menggunakan Case
Kerja menggali dipantau oleh tukang
Lubang yang digali sedalam 3 kaki
Keseluruhan 36 lubang yang selesai digali 

Saturday, 18 May 2013

Menentukan Lokasi Tapak Rumah (Setting Out) Side Rail dan Pad Footing

18 Mei 2013, kerja membuat side ralle di sempadan tapak rumah telah selesai dilakukan bagi menentukan lokasi tapak rumah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam pelan. Seterusnya kerja menentukan tempat pad footing berdasarkan ukuran dalam pelan dijalankan dengan menanda ukuran di atas kayu 1x2 (side rail). Dengan menggunakan tali benang, tempat pad footing ditanda dengan kayu penanda sebelum kerja menggali lubang dijalankan.
Side rail yang siap dipasang
Menentukan lokasi pad footing dengan menggunakan benang

Menanda pad footing dengan kayu sebelum dikorek

Tukang sedang menanda lokasi pad footing

Friday, 17 May 2013

Pembinaan Rumah Bermula...

Tanggal 17 Mei 2103, secara rasmi bermulanya projek pembinaan rumah...