
Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah...