Tuesday, 21 May 2013

Pemasangan Paip dan Meter Air oleh Kontraktor SATU

21 Mei 2013, bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan, saya telah memohon bekalan air daripada Syarikat Air Terengganu (SATU). Pemasangan paip dan meter air dijalankan oleh kontraktor SATU daripada paip utama ke tapak rumah saya ini. Kos yang dikenakan untuk pemasangan dan deposit air adalah sebanyak RM2,200.00. Meter Air siap dipasang Bekalan air daripada SATU Sambungan daripada paip utama di seberang jalan ta...

Monday, 20 May 2013

Kerja Memotong, Membengkok dan Mengikat Besi

Dalam masa yang sama, tukang rumah dan pekerja membuat kerja memotong, membengkok dan mengikat besi untuk digunakan pada pad footing, tiang dan beam. Besi yang digunakan adalah besi Y12mm dan besi link R6. Untuk permulaan, saya telah membeli besi Y12 sebanyak 2 tan dan besi link R6 sebanyak 120 batang. Besi link yang siap dipotong Besi Y12 dipotong dan dibengkok Besi yang siap diikat untuk pad footing 4 batang besi Y12 untuk tiang diikat...

Sunday, 19 May 2013

Kerja Mengorek Lubang "Pad Footing"

19 Mei 2013, selepas kedudukan tapak asas rumah dikenalpasti dan ditanda, kerja mengorek/ menggali lubang untuk pad footing dijalankan menggunakan mesin Case yang disewa dengan kadar RM400 sehari. Sebanyak 36 lubang telah digali sedalam 3-4 kaki untuk dijadikan tapak asas rumah ini. Kerja menggali menggunakan Case Kerja menggali dipantau oleh tukang Lubang yang digali sedalam 3 kaki Keseluruhan 36 lubang yang selesai digali ...

Saturday, 18 May 2013

Menentukan Lokasi Tapak Rumah (Setting Out) Side Rail dan Pad Footing

18 Mei 2013, kerja membuat side ralle di sempadan tapak rumah telah selesai dilakukan bagi menentukan lokasi tapak rumah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam pelan. Seterusnya kerja menentukan tempat pad footing berdasarkan ukuran dalam pelan dijalankan dengan menanda ukuran di atas kayu 1x2 (side rail). Dengan menggunakan tali benang, tempat pad footing ditanda dengan kayu penanda sebelum kerja menggali lubang dijalankan. Side rail yang siap...

Friday, 17 May 2013

Pembinaan Rumah Bermula...

Tanggal 17 Mei 2103, secara rasmi bermulanya projek pembinaan rumah......

Wednesday, 15 May 2013

Bahan Binaan Asas Pembinaan Rumah

Selepas berbincang dengan tukang rumah, saya telah membuat senarai bahan binaan asas yang perlu disediakan sebelum kerja pembinaan bermula. Untuk permulaan pembinaan rumah, fasa pertama bahan asas yang diperlukan adalah untuk membuat tapak, tiang dan beam rumah. Untuk pembinaan rumah ini, bahan binaan yang saya beli untuk fasa pertama adalah seperti berikut : Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) ...

Saturday, 11 May 2013

Membuat Tempahan Frame Tingkap dan Pintu Kayu

Sebelum kerja-kerja pembinaan rumah dijalankan, sebaik-baiknya kita perlu membuat tempahan frame tingkap dan pintu terlebih dahulu sekiranya ingin menggunakan frame yang diperbuat daripada kayu. Ini kerana, kebiasaanya tempoh masa untuk menyiapkan frame tingkap dan pintu untuk sebuah rumah banglo memakan masa 3 - 4 minggu. Sekiranya kerja-kerja pembinaan rumah telah berjalan, frame tersebut mesti telah siap sebelum kerja mengikat bata dibuat. Kebiasaannya,...

Friday, 10 May 2013

Kerja-Kerja Membersih Kawasan dan Menambun Tanah Tapak Rumah

Memandangkan tanah lot yang saya beli dipenuhi hutan semak samun beserta beberapa batang pokok besar, maka tanah tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum membina rumah. Bagi menaikkan semangat untuk membina rumah sendiri, saya terlebih dahulu membersih kawasan tanah tersebut pada awal bulan September 2012 menggunakan JCB dengan kadar sewaan RM370.00 sehari. Keadaan tanah sebelum dibersihkan Dalam proses membuang pokok-pokok hutan Jentera...