Tuesday, 31 December 2013

Kerja-Kerja Mengecat Rumah dan Pagar

Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah...

Thursday, 19 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Mosaic / Tiles

Selepas selesai kerja-kerja oleh tukang rumah, pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja memasang tiles di ruangan lantai rumah, bilik air, dapur, kabinet table top dan porch kereta. Untuk kerja pemasangan tiles, saya mengupah tukang lain yang khusus membuat kerja tersebut sahaja. Kos keseluruhan membeli tiles dan upah pasang tiles untuk rumah ini lebih kurang RM 23,000.00. Kerja-kerja memasang tiles ini memakan masa lebih sebulan untuk disiapkan. Sebahagian...

Thursday, 12 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Tingkap dan Pintu Kayu

Pembinaan rumah diteruskan dengan kerja memasang panel tingkap dan pintu. Semua tingkap, sliding dan pintu telah ditempah dari kedai yang sama dengan frame kayu sebelum ini. Bagi memastikan kualiti dan ketahanan, saya menggunakan kayu seraya (kayu cengal terlalu mahal) untuk semua tingkap, sliding, pintu utama dan pintu belakang. tingkap labuh yang siap dipasang tukang sedang mengetam tingkap tukang sedang memasang ensel pintu pintu...

Tuesday, 3 December 2013

Kerja-Kerja Membina Pagar Konkrit

Projek pembinaan rumah ini diteruskan dengan membina pagar konkrit untuk keseluruhan kawasan tapak rumah. Ukuran panjang keseluruhan pagar yang dibina adalah 350 kaki, menggunakan batu bata dan konkrit dengan kadar upah yang dikenakan adalah RM24.00 sekaki. Tapak asas pagar sedang dibina proses membina tiang pagar tiang pagar dibina menggunakan batu bata proses membina dinding pagar menggunakan batu bata tukang sedang mengikat...

Tuesday, 19 November 2013

Kerja-Kerja Memasang Plaster Siling

Fasa akhir projek rumah ini dimulakan dengan kerja memasang plaster siling atau siling kapur. Pemasangan siling kapur rumah ini berkonsepkan moden serta 'simple'. Untuk keseluruhan rumah ini, kerja pemasangan siling memakan masa selama 7 hari untuk disiapkan. Ruang Tamu kerja memasang siling ruang tamu sedang dijalankan rekabentuk siling dengan light box rekabentuk 6 batang 'kayu' bersaiz 4"x8" Ruang Keluarga kerja pemasangan siling...