Wednesday, 3 July 2013

Memasang Frame Tingkap, Pintu dan Sliding

Frame tingkap, pintu dan sliding kayu seraya yang ditempah lebih sebulan yang lalu telah siap dan sampai ke tapak rumah tepat pada masanya dimana kerja mengikat batu bata bagi dinding tanpa frame telah hampir siap sepenuhnya.

frame tingkap labuh berpagar kayu seraya
frame yang ditempah baru sampai di tapak
frame berbentuk L
sebahagian daripada frame yang ditempah

Oleh kerana frame yang digunakan adalah frame kayu, frame tersebut perlu diletakkan dan dipasang di kedudukannya sebelum kerja mengikat bata boleh diteruskan sehingga siap sepenuhnya. Untuk projek ini, sebanyak 2 buah frame tingkap 3 daun labuh berpagar, 2 buah frame tingkap 2 daun labuh berpagar, 4 buah frame tingkap 3 daun, 2 buah frame tingkap 2 daun, 3 frame pintu sliding, 1 frame pintu utama dan 10 frame pintu bilik, dapur dan bilik air.

frame pintu sliding baru dipasang
salah satu frame yang siap dipasang
frame tingkap dalam bilik utama
frame tingkap di ruang tamu
tukang sedang memasang frame pintu sliding di ruang makan
sebahagian daripada frame yang siap dipasang
update 7.7.2013
update 7.7.2013
update 8.7.2013: pandangan sisi kanan
update 8.7.2013 , pandangan dari hadapan



9 comments:

  1. Tingkap pulak berape kos saudara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk panel / daun tingkap dan sliding jenis kayu seraya untuk rumah ni anggaran dalam RM6K.

      Delete
  2. 6 k tu termasuk daun tingkap atau frame sahaja ....saya pun dalam perancangan nak buat rumah...harap boleh syer pengalaman yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk rumah ini, kos 6k untuk panel tingkap dan pintu sliding sahaja

      Delete
  3. Untuk frame tingkat, pintu, sliding kayu yang ditempah ikut design sendiri atau ikut design kilang iaitu pilih dari senarai yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. frame yang ditempah ikut design sendiri, custom made..

      Delete
  4. Saya sbnrnye agak kurang yakin dengan frame tingkap L sauadara tu yg mana loading bata directly atas frame (wlpn ada lintol beam). Kecuali kayu tersebut cukup kuat untuk tidak lendut in future. Hopefully x la. (Civ. Engr).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun harap tidak lendut la, harap bebanan bata pada lintol beam bukannya pada frame kayu.

      Delete