Monday, 2 March 2015

Pelan Lantai Rumah Ini..

Memandangkan banyak sangat permintaan untuk pelan lantai rumah ini, jadi saya masukkan dalam entry ini pelan lantai rumah untuk rujukan semua. pelan lantai rumah pelan tapa...

Tuesday, 20 January 2015

Kos Pembinaan Rumah Ini...

pandangan depan rumah terkini Setelah sekian lama tidak membuat entry baru, dek kerana macam tersangat sibuk dengan kerja-kerja seharian, tambah pula rasa malas yang teramat untuk menulis lagi. Seperti yang dijanjikan, saya akan menyenaraikan rumusan kos keseluruhan pembinaan rumah ini. Secara keseluruhannya, kos pembinaan rumah ini adalah RM255,118.70. Jumlah besar ini adalah tidak termasuk kos membina pagar konkrit sekeliling rumah. Pecahan...

Thursday, 2 October 2014

Kerja Pendawaian Elektrik dan Sambungan Bekalan Elektrik

Januari 2014, Kerja-kerja akhir pembinaan rumah ini dengan membuat kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik. Kerja pendawaian elektrik dilaksanakan dengan mengupah wireman manakala semua bahan-bahan seperti kabel, soket saya beli sendiri. Kadar upah wireman dikira jumlah bilangan point dengan kadar upah RM 30.00 per point bagi lampu, soket, Aircond dan water heater, RM50.00 pendawaian Autogate dan upah pemasangan DB sebanyak RM500.00. Manakala kadar upah pemasangan adalah RM10 per lampu downlight, RM15 bagi setiap lampu gantung, lampu tiang,...

Tuesday, 31 December 2013

Kerja-Kerja Mengecat Rumah dan Pagar

Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah...

Thursday, 19 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Mosaic / Tiles

Selepas selesai kerja-kerja oleh tukang rumah, pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja memasang tiles di ruangan lantai rumah, bilik air, dapur, kabinet table top dan porch kereta. Untuk kerja pemasangan tiles, saya mengupah tukang lain yang khusus membuat kerja tersebut sahaja. Kos keseluruhan membeli tiles dan upah pasang tiles untuk rumah ini lebih kurang RM 23,000.00. Kerja-kerja memasang tiles ini memakan masa lebih sebulan untuk disiapkan. Sebahagian...

Thursday, 12 December 2013

Kerja-Kerja Memasang Tingkap dan Pintu Kayu

Pembinaan rumah diteruskan dengan kerja memasang panel tingkap dan pintu. Semua tingkap, sliding dan pintu telah ditempah dari kedai yang sama dengan frame kayu sebelum ini. Bagi memastikan kualiti dan ketahanan, saya menggunakan kayu seraya (kayu cengal terlalu mahal) untuk semua tingkap, sliding, pintu utama dan pintu belakang. tingkap labuh yang siap dipasang tukang sedang mengetam tingkap tukang sedang memasang ensel pintu pintu...

Tuesday, 3 December 2013

Kerja-Kerja Membina Pagar Konkrit

Projek pembinaan rumah ini diteruskan dengan membina pagar konkrit untuk keseluruhan kawasan tapak rumah. Ukuran panjang keseluruhan pagar yang dibina adalah 350 kaki, menggunakan batu bata dan konkrit dengan kadar upah yang dikenakan adalah RM24.00 sekaki. Tapak asas pagar sedang dibina proses membina tiang pagar tiang pagar dibina menggunakan batu bata proses membina dinding pagar menggunakan batu bata tukang sedang mengikat...