Monday, 2 March 2015
Pelan Lantai Rumah Ini..
Posted on Monday, March 02, 2015 by Unknown
Tuesday, 20 January 2015
Kos Pembinaan Rumah Ini...
Posted on Tuesday, January 20, 2015 by Unknown
pandangan depan rumah terkini |
Secara keseluruhannya, kos pembinaan rumah ini adalah RM255,118.70. Jumlah besar ini adalah tidak termasuk kos membina pagar konkrit sekeliling rumah. Pecahan kos keseluruhan ini adalah merangkumi bahan binaan, upah tukang rumah, wiring elektrik, siling kapur, kelengkapan paip, bilik air dan tandas, mosaic tiles dan lantai laminate, pintu, kelengkapan suis, soket, lampu dan kipas.
Rumusan secara kasar, perincian kos-kos yang terlibat selain daripada bahan binaan kasar seperti simen, batu, pasir, kayu, batu-bata dan lain-lain adalah seperti jadual di bawah :
Bil | Perkara |
Kos (RM)
|
1 | Upah tukang rumah |
72,000.00
|
2 | Mosaic tiles dan lantai laminate termasuk upah |
29,138.34
|
3 | Cat termasuk upah |
11,304.50
|
4 | Siling Kapur |
15,000.00
|
5 | Frame pintu dan tingkap |
7,520.00
|
6 | Pintu dan Panel tingkap |
9,070.00
|
7 | Besi Y12 dan R6 |
7,870.00
|
8 | Wiring elektrik termasuk upah |
8,495.00
|
9 | Kelengkapan suis, soket, lampu dan kipas |
3,139.00
|
10 | Kelengkapan bilik air dan tandas | 3,500.00 |
11 | Kos sewaan (JCB, mixer, compactor) | 3,820.00 |
12 | Kayu Kekuda Atap |
16,750.00
|
13 | Atap Contour Monier dan aksesori | 13,336.30 |
Thursday, 2 October 2014
Kerja Pendawaian Elektrik dan Sambungan Bekalan Elektrik
Posted on Thursday, October 02, 2014 by Unknown
Januari 2014, Kerja-kerja akhir pembinaan rumah ini dengan membuat kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik. Kerja pendawaian elektrik dilaksanakan dengan mengupah wireman manakala semua bahan-bahan seperti kabel, soket saya beli sendiri. Kadar upah wireman dikira jumlah bilangan point dengan kadar upah RM 30.00 per point bagi lampu, soket, Aircond dan water heater, RM50.00 pendawaian Autogate dan upah pemasangan DB sebanyak RM500.00.
Manakala kadar upah pemasangan adalah RM10 per lampu downlight, RM15 bagi setiap lampu gantung, lampu tiang, lampu pagar, lampu sportlight dan RM15.00 bagi setiap kipas siling. Untuk pendawaian elektrik rumah ini, saya menggunakan kabel saiz 1.5mm untuk lampu, 2.5mm untuk soket dan 4mm untuk point aircond.
Selepas selesai kerja-kerja pendawaian, permohonan sambungan bekalan elektrik daripada TNB telah dibuat. Oleh sebab saya meletak meter elektrik di tiang pagar, tambahan tiang elektrik beserta underground kabel diperlukan berbanding sambungan meter biasa. Kos yang dikenakan untuk permohonan sambungan bekalan adalah seperti berikut :
Manakala kadar upah pemasangan adalah RM10 per lampu downlight, RM15 bagi setiap lampu gantung, lampu tiang, lampu pagar, lampu sportlight dan RM15.00 bagi setiap kipas siling. Untuk pendawaian elektrik rumah ini, saya menggunakan kabel saiz 1.5mm untuk lampu, 2.5mm untuk soket dan 4mm untuk point aircond.
Selepas selesai kerja-kerja pendawaian, permohonan sambungan bekalan elektrik daripada TNB telah dibuat. Oleh sebab saya meletak meter elektrik di tiang pagar, tambahan tiang elektrik beserta underground kabel diperlukan berbanding sambungan meter biasa. Kos yang dikenakan untuk permohonan sambungan bekalan adalah seperti berikut :
- Bayaran cagaran = RM1200.00 (3 phase - rumah banglo)
- Bayaran caj sambungan = RM1700.00 (melibatkan underground kabel)
- Duti setem = RM10.00
Tuesday, 31 December 2013
Kerja-Kerja Mengecat Rumah dan Pagar
Posted on Tuesday, December 31, 2013 by Unknown
Projek pembinaan rumah ini hampir siap sepenuhnya. Selepas menunggu musim tengkujuh kembali reda yang mengakibatkan banjir besar di daerah Kemaman, barulah kerja-kerja mengecat dapat dijalankan. Saya menggunakan cat jenis PAR Supermatt berwarna putih untuk siling dan dinding dalam keseluruhan rumah, manakala dinding luar menggunakan cat PAR Weathercoat. Untuk tingkap dan pintu menggunakan varnish Timbercoat 101. Kerja mengecat untuk keseluruhan rumah berserta pagar memakan masa 15 hari untuk disiapkan sepenuhnya dengar kadar upah RM6000.00.
Pandangan rumah selepas siap kerja mengecat |
Dinding dalam dan siling dicat warna putih sepenuhnya |
Dinding sedang dicat |
Pintu sliding dan tingkap siap di varnis |
Design siling 6 batang kayu dicat warna gelap |
Beam dan tiang dicat dengan PAR Weathercoat 5839 |
Pandangan belakang rumah |
Bahagian dinding dan tiang tidak di cat untuk dipasang batu kastone |
Dinding dicat dengan PAR Weathercoat 5760 |
Thursday, 19 December 2013
Kerja-Kerja Memasang Mosaic / Tiles
Posted on Thursday, December 19, 2013 by Unknown
Selepas selesai kerja-kerja oleh tukang rumah, pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja memasang tiles di ruangan lantai rumah, bilik air, dapur, kabinet table top dan porch kereta. Untuk kerja pemasangan tiles, saya mengupah tukang lain yang khusus membuat kerja tersebut sahaja. Kos keseluruhan membeli tiles dan upah pasang tiles untuk rumah ini lebih kurang RM 23,000.00. Kerja-kerja memasang tiles ini memakan masa lebih sebulan untuk disiapkan.
Sebahagian tiles yang dibeli |
pemasangan tiles dimulakan dengan tiles 2'x2' |
Tiles White Horse HMP66030 berharga RM9.90 sekeping |
Tiles lantai dapur PM6384 bersaiz 2'x1' berharga RM4.80 sekeping |
Tiles table top bersaiz 2x2 warna hitam berharga RM16.90 sekeping |
Dinding atas kabinet menggunakan Deco Tiles berharga RM13.00 sekeping |
Beranda belakang rumah menggunakan tiles 2'x1' |
Beranda tepi sebelah kiri (White Horse H63046 berharga RM4.50 sekeping) |
Beranda depan beserta tangga |
Beranda depan dan lantai menggunakan pebble wash |
Pekerja sedang memasang tiles dinding bilik air |
Bilik air master - kos upah lumpsum RM930.00 |
Bilik air kedua |
Bilik air ketiga |
Bilik air master menggunakan tiles 2'x1' |
Pekerja sedang memasang pebble wash |
Design lantai porch selepas siap dipasang tiles dan pebble wash |
Thursday, 12 December 2013
Kerja-Kerja Memasang Tingkap dan Pintu Kayu
Posted on Thursday, December 12, 2013 by Unknown
Pembinaan rumah diteruskan dengan kerja memasang panel tingkap dan pintu. Semua tingkap, sliding dan pintu telah ditempah dari kedai yang sama dengan frame kayu sebelum ini. Bagi memastikan kualiti dan ketahanan, saya menggunakan kayu seraya (kayu cengal terlalu mahal) untuk semua tingkap, sliding, pintu utama dan pintu belakang.
tingkap labuh yang siap dipasang |
tukang sedang mengetam tingkap |
tukang sedang memasang ensel pintu |
pintu bilik sedang dipasang |
rekabentuk pintu utama yang simple |
pintu belakang yang dibuat menggunakan kayu seraya |
tingkap dapur telah siap dipasang |
panel pintu sliding (3 set) kayu seraya |
pintu sliding kayu sedang dipasang |
pandangan pintu sliding kayu dari dalam |
Tuesday, 3 December 2013
Kerja-Kerja Membina Pagar Konkrit
Posted on Tuesday, December 03, 2013 by Unknown
Projek pembinaan rumah ini diteruskan dengan membina pagar konkrit untuk keseluruhan kawasan tapak rumah. Ukuran panjang keseluruhan pagar yang dibina adalah 350 kaki, menggunakan batu bata dan konkrit dengan kadar upah yang dikenakan adalah RM24.00 sekaki.
Tapak asas pagar sedang dibina |
proses membina tiang pagar |
tiang pagar dibina menggunakan batu bata |
proses membina dinding pagar menggunakan batu bata |
tukang sedang mengikat bata dinding pagar |
tiang pagar yang telah siap dibina |
sebahagian dinding pagar |
proses plaster pagar |
pagar yang telah siap di plaster |
cadangan memasang pagar kayu pada ruangan ini |
pandangan pagar dari depan |
Subscribe to:
Posts (Atom)