Saturday 29 June 2013

Membina Tiang Rumah dan Mengikat Batu Bata

Bermula 21 Jun 2013, kerja-kerja membina tiang rumah telah dijalankan setelah ground beam siap diisi pasir sepenuhnya. Kerja membina tiang rumah dimulakan dengan memotong dan mengikat 4 batang besi Y12 dengan besi link R6 untuk setiap tiang rumah yang akan dibina. Dalam masa yang sama, sebanyak 7 buah formwork sebagai acuan tiang rumah juga dibuat sebelum kerja konkrit dijalankan.

Besi Y12 diikat dan dipasang pada tapak
7 Formwork tiang siap dipasang tegak untuk kerja konkrit
Sebanyak 28 tiang akan dibina untuk rumah ini
Seterusnya kerja memasang besi tiang di tapak rumah dibuat dan kemudian formwork dipasang sebelum kerja konkrit tiang bermula. Untuk proses kerja konkrit tiang rumah ini, sebanyak 7 tiang dapat disiapkan dalam masa 1 hari dimana tempoh 4 hari kerja membina tiang rumah sebanyak 28 batang berjaya disiapkan.

Sebahagian tiang yang telah siap dibina
Kerja mengikat batu bata sedang berjalan
Dalam masa yang sama, kerja-kerja mengikat batu bata untuk dinding rumah dibuat serentak sebaik sahaja sebahagian tiang siap dikonkrit. Untuk permulaan, saya membeli 20 pallet (12,000 biji) batu bata putih (600 biji sepallet) dengan harga RM130.00 sepallet (Sirim standard). Anggaran batu bata yang akan digunakan untuk membina dinding adalah tidak kurang daripada 15,000 biji.

Sebahagian dinding yang telah dibina
Batu bata diikat setinggi 2 kaki sebelum dipasang frame tingkap labuh
Kakak sedang meninjau pembinaan rumah
Kerja mengikat bata sedang berjalan

Thursday 20 June 2013

Kerja Memasukkan Pasir ke dalam Ground Beam

19 Jun 2013, selepas ground beam siap sepenuhnya, kerja-kerja memasukkan pasir kotor ke dalam ground beam dijalankan. Ground beam yang dibina setinggi 2 kaki perlu dimasukkan pasir atau tanah supaya kerja konkrit lantai rumah boleh dibuat selepas pasir/ tanah tersebut telah padat sepenuhnya.

Saya menggunakan pasir lombong untuk diisi sepenuhnya ke dalam ground beam kerana pasir lebih padat dan tidak mendap berbanding menggunakan tanah. Kerja-kerja memasukkan pasir ke dalam ground beam dilakukan dengan menggunakan Case yang disewa selama 1 hari. Sebanyak 15 lori (tayar 10) pasir yang digunakan untuk memenuhkan ground beam tersebut.

Pasir lombong sebanyak 15 lori digunakan
Pasir dimasukkan menggunakan case
Kerja memasukkan pasir ke dalam ground beam
Ground beam setinggi 2 kaki
Pasir telah siap dimasukkan sepenuhnya

Monday 17 June 2013

Selepas 1 Bulan : Status Kemajuan Projek

17 Jun 2013, selepas 1 bulan projek pembinaan rumah ini bermula, status kemajuan projek adalah mengikut perancangan yang ditetapkan. Dalam tempoh 1 bulan, hasil kerja yang berjaya disiapkan adalah menyiapkan kerja-kerja pertapakan rumah iaitu pad footing, stump dan ground beam.

Kemajuan projek selepas 1 bulan
Fasa seterusnya adalah kerja-kerja mendirikan tiang dan dinding rumah beserta memasang frame tingkap dan pintu.

Thursday 13 June 2013

Kerja-Kerja Membina Ground Beam

10 Jun 2013, kerja- kerja membina ground beam di tapak rumah mula berjalan. Selepas kerja memotong, membengkok dan mengikat besi untuk ground beam selesai dibuat, besi terlebih dahulu diletak, disusun dan diikat sebagaimana pelan lantai rumah. Kemudian formwork digunakan untuk membentuk acuan ground beam sebelum kerja konkrit dilakukan.

Besi Y12 dan besi link R6 diikat dan disusun membentuk ground beam
Formwork membentuk acuan untuk konkrit ground beam
Kerja memasang formwork sedang berjalan
Sebelum kerja konkrit ground beam, saya meng'order' tambahan bahan binaan yang diperlukan iaitu simen (50 bag), batu aggregat 3/4" (10 tan) dan pasir kasar (1 lori) - untuk kerja konkrit ground beam dan kerja seterusnya.

Selepas kerja setting formwork ground beam selesai, konkrit dimasukkan ke dalam acuan yang dibentuk dengan formwork untuk menghasilkan reinforced concrete ground beam.

Konkrit dimasukkan ke dalam formwork
Sebahagian groud beam yang telah siap dikonkrit 
Sebahagian beam yang siap di konkrit 
Formwork dibuka selepas konkrit keras sepenuhnya





Tuesday 4 June 2013

Kerja Membuat Formwork untuk Ground Beam

Selepas selesai kerja-kerja konkrit pad footing dan stump, kerja-kerja membuat formwork untuk ground beam bermula. Mengikut pelan, tinggi aras lantai rumah adalah 2 kaki dari tapak. Oleh itu, ground beam yang akan dibina adalah setinggi 2 kaki. Sebelum kerja ground beam dilaksanakan, formwork perlu disiapkan terlebih dahulu menggunakan pylwood dan kayu 1x2. Sebelum pembinaan bermula, saya telah membeli plywood 12mm sebanyak 40 keping dan kayu 1x2 sebanyak 1 tan untuk membuat formwork.

Formwork yang dibuat menggunakan plywood 12mm dan kayu 1x2
Sebahagian formwork yang telah siap

Saturday 1 June 2013

Membina Pad Footing dan Tiang Stump

Bermula pada 26 Mei 2013, kerja-kerja membuat pad footing dan tiang stump dijalankan dengan menggunakan Reinforced concrete. Besi untuk footing dan tiang stump diletakkan ke dalam lubang yang dikorek sebelum ini dan kedudukan footing dan tiang di setting semula pada kedudukan sebenar sebelum kerja konkrit dilakukan. Sebanyak 36 pad footing dan tiang stump berjaya disiapkan dalam masa 7 hari.

Kedudukan besi pad footing dan stump yang telah disetting mengikut pelan
Pad footing dan stump sebelum di konkrit 
Konkrit dimasukkan ke dalam lubang
Tukang meratakan konkrit 
Formwork digunakan untuk membentuk tiang stump
pad footing dan stump yang telah siap